Banjir & BOB
Apa perlu yang kita lakukan bila banjir berlaku? Benda yang paling penting adalah sediakan payung sebelum hujan. Jadi apa benda tu? Kita perlu sediakan BOB. Bukan abang BOB ke ayam gunting uncle BOB ke, tapi Bug Out Bag (BOB) . Siapa yang baru first time dengar ni, cuba comment dekat bawah. Mungkin ada info yang Kak Sha kurang, kita boleh bertukar maklumat. Bulan lepas, beberapa negeri dan daerah di Malaysia telah dilanda banjir yang amat teruk. Namun, banjir kali ni sangat tidak dijangka dan berlaku diluar kawalan. Kebanyakan tempat-tempat yang tak pernah kena banjir sepanjang mereka menetap di perumahan turut terkena tempias banjir kali ini. Ada juga beberapa daerah yang ditimpa banjir 2 kali dalam tempoh setahun. Perkara ini menyebabkan ramai yang tidak bersedia dari segi fizikal mahupun emosi. BOB merupakan sebuah kit kecemasan yang disediakan supaya kita boleh bertahan dalam tempoh 72 jam semasa bencana berlaku. Alat-alat survival ni perlu disediakan dalam 1 beg sahaja...