Banjir & BOB
Apa perlu yang kita lakukan bila banjir berlaku? Benda yang paling penting adalah sediakan payung sebelum hujan. Jadi apa benda tu? Kita perlu sediakan BOB. Bukan abang BOB ke ayam gunting uncle BOB ke, tapi Bug Out Bag (BOB). Siapa yang baru first time dengar ni, cuba comment dekat bawah. Mungkin ada info yang Kak Sha kurang, kita boleh bertukar maklumat.
Bulan lepas, beberapa negeri dan daerah di Malaysia telah dilanda banjir yang amat teruk. Namun, banjir kali ni sangat tidak dijangka dan berlaku diluar kawalan. Kebanyakan tempat-tempat yang tak pernah kena banjir sepanjang mereka menetap di perumahan turut terkena tempias banjir kali ini. Ada juga beberapa daerah yang ditimpa banjir 2 kali dalam tempoh setahun. Perkara ini menyebabkan ramai yang tidak bersedia dari segi fizikal mahupun emosi.
BOB merupakan sebuah kit kecemasan yang disediakan supaya kita boleh bertahan dalam tempoh 72 jam semasa bencana berlaku. Alat-alat survival ni perlu disediakan dalam 1 beg sahaja. Hal ini bagi memudahkan pergerakan terutama diri kita sendiri. Sekiranya kita mempunyai anak-anak dan ahli keluarga yang lain duduk dalam satu rumah, sediakan BOB ini bersama-sama.
Setiap orang sekurang-kurangnya mempunyai satu kit BOB sendiri mengikut KEPERLUAN masing-masing. Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Contohnya, mungkin ada anak-anak yang masih memerlukan lampin bayi, ada yang perlukan inhaler dan lain-lain lagi. Sebab itu penting sediakan BOB ini bersama keluarga. Jangan syok sendiri sediakan untuk anak-anak tanpa terangkan kepada mereka fungsi setiap alat dalam BOB mereka.
Banyak faktor yang memainkan peranan untuk kita pilih letak dalam BOB. Barang apa adalah yang menjadi soalan yang paling banyak ditanya, selain kesesuaian barang dalam pelbagai kondisi bencana. Benda ni kita boleh je cari sendiri dekat kumpulan-kumpulan online (facebook, telegram), google, shopee, dan lain-lain. Group facebook yang Kak Sha sendiri follow sejak dari fasa 1 PKP mengenai persediaan-persediaan sebegini adalah 'Malaysian Preppers'. Boleh sahaja cari dan follow mengikut kesesuaian diri anda dan keluarga.
Benda yang paling penting, buat analisis dan ambil tindakan. Jangan takut untuk bertindak dan sediakan BOB anda segera yang mungkin.
Comments
Post a Comment