Fasa Baru
Tutur kata
itu mudah
Merancang
bagai nak rak
Tidak henti
fikir siang & malam
Apa aku nak jadi hari esoknya
Bila sudah
bertatih
Aku diam
seketika
Terus
bermain di minda
Jalan ini betul atau salah
Hasil penat
lelah berjalan
Tidak
seperti yang ku rancang
Baru ku
tahu kini
Yang di-atas sebaik-baik perancang
Setiap fasa
baru
Aku perlu
sendiri seketika
Fikir apa
yang aku ingin lakukan untuk-Nya
Bukan lagi
untuk memenuhi
Pandangan aku atau mereka
Fasa baru
aku buka
Bukan untuk
berdiam
Tapi untuk
melangkah dan berjalan
Belajar
dari kegagalan
Bangkit
untuk kejayaan
Kejayaan
yang lebih bermakna
Lebih abadi
dan kekal selamanya
Iaitu
redha Ilahi
Comments
Post a Comment