Apa itu KAP? Penting ke?
Apa itu KAP?
Bagi yang pernah buat research mesti pernah dengar mengenai KAP. Ada orang cakap buat kajian mengenai KAP ni lekeh je sebab tak guna alat canggih-canggih. Method yang digunakan pun tak strong. Orang yang tak buat kajian pun boleh buat dan macam-macam lagi.
Pendapat saya sendiri, kajian mengenai KAP ni sangat penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Dengan mengkaji mengenai KAP, sebuah polisi atau undang-undang dapat dibentuk mengikut kesesuaian masyarakat setempat. Maka dengan mengkaji KAP, akhlak & prinsip masyarakat lebih mudah terbentuk. Selain, polisi & undang-undang dapat dilaksanakan dengan baik. Haaa gitu.
Selain itu, kajian mengenai KAP juga dapat membantu para pemimpin masyarakat dalam menangani isu/ risiko yang wujud dalam masyarakat. Melalui perkara ini, para pemimpin dapat merancang strategi yang bersesuaian bagi penambahbaikkan isu/ risiko yang wujud. Seterusnya, dapat membentuk masyarakat yang harmoni.
Tambahan pula, melalui KAP juga, data sesebuah komuniti dapat dikumpul dan dianalisa untuk rujukan masa kini dan hadapan. Data merupakan suatu perkara yang amat penting untuk mengambil sesuatu tindakan. Dengan data KAP yang betul dan tepat, tindakan dan analisis dapat dijalankan dengan mudah, cepat dan tepat. Dari hari ke hari, mesti kita nak jalani hidup dengan lebih mudah. Tak kan kita nak susah kan diri kita dan orang masa hadapan kan. Renung-renungkan. Jadi, data adalah emas.
Sekian sahaja perkongsian hari ni. Harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin tahu mengenai KAP.
Comments
Post a Comment