Apa nak prepare sebelum peperiksaan SPM?
Posting kali ini khas untuk adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM sepatutnya tahun 2020, tetapi dilanjutkan pada tahun 2021. Anda semua seorang yang hebat dan sabar. Tahniah! Pegang dada dan cakap dekat diri anda sendiri “saya hebat, saya akan berjaya dalam SPM tahun ni”. Saya sendiri pernah mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2011. Dah 10 tahun masa berlalu dan dah berusia diri ni. Result SPM tak la gempak sangat, sederhana sahaja. Dengan pengalaman yang ada ni, sedikit sebanyak harap dapat tolong adik-adik. Mungkin ada yang tengah stress, serabut dan malas nak fikir dah pasal SPM. Jangan give up adik-adik sekalian. Adik-adik baru nak mulakan langkah untuk menghadapi ujian yang lagi hebat dekat luar ni. Jadi, adik-adik perlu kuat, bersemangat dan fokus untuk capai apa yang adik-adik nak setelah tamat SPM. Ok jom! Sekarang kita tengok apa yang adik-adik nak kena prepare seminggu sebelum dan semasa minggu peperiksaan SPM? Seminggu sebelum peperiksaan SPM: Minta maaf...