Apa nak prepare sebelum peperiksaan SPM?
Saya sendiri pernah mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2011. Dah 10 tahun masa berlalu dan dah berusia diri ni. Result SPM tak la gempak sangat, sederhana sahaja. Dengan pengalaman yang ada ni, sedikit sebanyak harap dapat tolong adik-adik.
Mungkin ada yang tengah stress, serabut dan malas nak fikir dah pasal SPM. Jangan give up adik-adik sekalian. Adik-adik baru nak mulakan langkah untuk menghadapi ujian yang lagi hebat dekat luar ni. Jadi, adik-adik perlu kuat, bersemangat dan fokus untuk capai apa yang adik-adik nak setelah tamat SPM.
Ok jom! Sekarang kita tengok apa yang adik-adik nak kena prepare seminggu sebelum dan semasa minggu peperiksaan SPM?
Seminggu sebelum peperiksaan SPM:
- Minta maaf dengan ibu ayah dan guru-guru dan dapatkan restu mereka agar halalkan semua ilmu yang mereka bagi.
- Minta maaf dengan orang sekeliling yang kita rapat, jika kita ada buat salah apa-apa. Orang yang suka minta maaf adalah orang yang hebat, sebab dia berani mengaku kesalahan dia dan berusaha untuk menjadi lebih baik.
- Mulakan belajar berkumpulan mengikut subjek. (yang ni atas diri masing-masing lebih prefer bersendirian/ berkumpulan)
- Ulangkaji topik-topik yang berkemungkinan BESAR akan masuk exam. Mesti ada cikgu-cikgu yang bagi benda ni (soalan ramalan). Kalau tak ada, tanya cikgu ya adik-adik.
- Buat nota kecil siap-siap bagi mudah untuk dirujuk pagi-pagi sebelum exam atau sebelum masuk dewan peperiksaan.
- Quick flashback topik-topik lain. Takut-takut ada masuk juga dalam peperiksaan SPM. (pernah je jadi benda ni dekat Kak Sha dulu-dulu. Jadi, jangan bergantung sangat dengan ramalan ya)
- Jaga makan minum dan kesihatan diri.
- Bangun solat tahajud dan lakukan solat dhuha setiap hari never miss ya.
- Doa yang paling penting.
Semasa minggu peperiksaan SPM:
- Tidur awal sebelum pukul 12 malam. Bagi saya ni paling penting sebab saya sendiri pernah terlelap dalam dewan exam hampir 20 minit. Kelam kabut nak jawab & tak sempat nak semak.
- Bangun tahajud dan baca yassin. Bagi adik-adik yang duduk asrama, berjemaah lagi elok.
- Puasa kalau boleh sebab memudahkan urusan seharian. Kalau tak puasa, ambil sarapan ya adik-adik.
- Tengok nota-nota kecil.
- Selawat & istighfar.
- Jangan panik kalau tengok kawan-kawan lain yang macam beria study sebelum masuk dewan exam. Fokus dekat diri masing-masing. Sebab yang nak jawab exam sendiri-sendiri.
- Pastikan alat tulis atau peralatan cukup & berfungsi sebelum masuk dewan.
- Masuk dewan dengan lafaz bismilllah
- Dengar arahan pengawas peperiksaan. Mesti ada maklumat penting yang disampaikan
- Sediakan masa untuk semak kertas peperiksaan sebelum hantar.
- Selepas exam tamat, jangan bincang lagi soalan exam. Nanti adik-adik akan rasa down kalau dah tahu. Lebih baik bincang untuk prepare subjek keesokan harinya.
- Prepare untuk subjek keesokan harinya secara berkumpulan atau individu (ikut style belajar masing-masing)
- Jaga makan minum & kesihatan diri.
- Sentiasa dekatkan diri dengan Pencipta.
- Ulang rutin yang sama seperti di atas tadi
Saya doakan adik-adik berjaya SPM tahun ni dengan keputusan yang cemerlang. Ingatlah, walau apa pun keputusan yang adik-adik dapat nanti, ia bukanlah penghujungnya lagi. Ia baru lah permulaan untuk langkah yang baru. Jadi teruskan usaha adik-adik ☺
Comments
Post a Comment